Monday, April 1, 2013

Tioman 29 03 2013 ~ 31 03 2013

Cerita sekitar perjalanan mancing...
Trip pancingboleh kali ini menerjah sekitar perairan Tioman bermula pada
hari Jumaat 29 03 2013 sehingga 31 03 2013 bersama tekong Mat Noor
(Endau dalam daerah Johor)

Mengikut cerita tuan tekong, kami adalah trip yang pertama turun ke laut 
pada tahun ini bersama beliau dan kali terakhir beliau turun ke laut pada 
Oktober 2012...lamanya....

Keadaan cuaca dalam tiga hari adalah cerah sepanjang hari.
Walaubagaimana pun bahang panas tetap terasa disiang hari.

Trip Pancingboleh bersama-sama dengan Kamil dan Faizal atau nama glemor..nyer BOY
dan yang lain Ajo, Roslan, Fauzi, Chif Mael dan Bahrin.

Kali ini sempat merasa kehadiran Ikan Tenggiri dalam kawasan unjang
itu sekitar 2jam perjalanan dari Jeti.

Pada sebelah malam kami berkesempatan mencandat sotong.
Ada beberapa tips yang perlu diambil tahu tentang pemancingan sotong di
kawasan perairan TIOMAN.
Menurut Tekong, Sotong akan muncul bermula dari terbenamnya matahari
dan akan berkurangan pada tengah malam dan akan mula banyak sekitar
jam 4 AM sehingga matahari mula naik.






 menunggu ketibaan bot





 Inilah hasil tangkapan yang menjadi kebanggan trip pada kali ini

Encik Fauzi sedang mengasingkan hasil tangkapan
Untuk ikan yang dinaikkan dengan mata yoyo...seperti merah, cermain, kerisik
dan yang paling banyak adalah ikan Jacket putih....
 Sotong yang berjaya dinaikkan




Inilah gambar yang paling saya sangat...sangat suka...
Kedua-dua orang ini sedang menunggu joran disentap
dan dalam masa yang sama tekong hendak menaikkan sauhnya.

Walaupun mereka baru kenal tetapi minat sama
seolah-olah tiada jurang di antara mereka...hebat bukan....


Trip kali ini banyak yang telah dipelajari dan dijadikan iktibar dalam
misi-misi akan datang.

Wassalam

Pancingboleh