Monday, November 5, 2012

Sedili 3 11 2012 ~ 4 11 2012

Sedili 3 11 2012
Kali ini sekali lagi kami Pancingboleh menaiki bot abg man.
Agak risau juga turun dipenghujung pertukaran musim sebelum memasuki musim tengkujuh.
Walau bagaimanapu cuaca sebelah pagi mendung tetapi sebelah petang hujan sekejap2 dan
kadang kala lebat sehingga malam hari.
Dengan berkat doa kawan-kawan dan kemampuan tekong yang berpegalaman
kami mampu menamatkan misi penuh dengan kesyukuran.





 Inilah barang2 kawan...
  Ikan yoyo ...2 tong jer
 berjaya menaikkan ikan Tenggiri  seberat 5kg
 Rizal dapat menawan 2 ekor Jahan setiap satu lebih kerang 10kg
 Santai ...sementara menunggu ke lubuk seterusnya
 Encik Pakok...nampaknya senang hati...
Kawan berjaya naikkan HARUAN Tasik...9kg
Sayang hanya seekor yang berjaya dinaikkan...
 
 Jenahan dinaikkan sebelah subuh ketika harus mula lagi...
tetapi hidangnya dengan sotong segar...fuhhhhhhh
 Asam pedas atas bot paling power yang pernah kawan rasa kan
Ikan yang segar memang sedap....
 Ikan ini adalah ikan pisang...sedap dan berlemak
 menunggu bot tiba seawal 4am...semua berjalan seperti yang dirancang...ini bukan janji joni...

Monday, October 8, 2012

Tioman trip 05102012 ~ 07102012

Tioman 05102012 ~ 07102012
Bersama Aye dan kawan-kawan.

Tak perlu diterangkan di mana itu pulau Tioman. Pulau yang menyimpan sejuta keindahan dasar lautnya.
Pulau Tioman bukan sekadar pulau peranginan tetapi juga menyimpan kazanah laut yang tidak ada tolak
bandingan dengan pulau-pulau di sekitar Malaysia amnya.

Di sekitar pulau tioman banyak tukun dan unjang yang diperbuat oleh kerajaan mahu pun nelayan.
kali ini kami dibawa oleh tekong yang dikenali sebagai JURAGAN yang telah berkecimpung dalam bidang ini lebih daripada 35thn katanya...
makin banyak cerita makin banyak penambahan cerita....

walaubagaimanpu hanya gambar dapat menerangkan dan merungkai segalanya.


Berkesempatan naik ke darat untuk mandi ...


 Lihatlah keindahan Pulau Tioman dengan air yang sangat biru...
pemandangan dari Jeti
Pengalaman menangkap ikan tongkol dengan menggunakan tali rapia dengan 50 mata kail


Nahhhh ini lah dia...hasil tangkapan...
pada sebelah malam tekong hidangkan kami dengan ikan tongkol asam pedas....
dasyat.......bang..
Inilah hasil tngkapan Ikan Merah 7kg
 Kertang...kawan ambil gambar jer....
 Hasil tangkapan yang ....
Sebelah pagi kami pekena magi Sotong ...dasyat kawn...
pada malam hari kami berjaya naikan lebih kurang 40 ekor jer.... 








Inilah Aye...
Thank fren semoga tahun depan kita dapat turun lagi ...AMIN....

Saturday, September 1, 2012

Memancing hari ke 3 Hari Raya

21/8/2012,
Kampung lamak Silam, Lahad Datu
Memancing bersama-sama dengan budak BT2 sangat mengujakan sejak
meninggalkan kumpung hampir 20 tahun.
Kali ini bukan hasil tangkapan yang penting tetapi
semangat kawan yang semakin lama semakin pudar mula kembali bersatu.
Terima kasih kawanku atas expidisi ini kerana meninggalkan
seribu kenangan. Semoga suatu hari nanti kita bersama-sama mencari
lubuk yang terbaik...

Persiapan di hadapan rumah Suhaimi @rombeng
 Jam menunjukkan 2:15pm sampai ke lokasi.

 Ini lah gambar si Ustad
 sekitar pemandangan pantai

 Bot yang cukup selesa, sesuai untuk para pemancing berkapasiti 15 org.
sewa boat agak murah RM250 sahaja. 2 hari satu malam bermula dari jam 2pm
sehingga 12t/hari.
Berdasarkan maklumat dari kekawan ikan kebanyakkan makan pada waktu malam berbanding
pada siang hari.



 Kerapu Merah!!! abg basri...
Inilah salah satu hasil tangkapan.