Saturday, February 19, 2011

Next Trip: Mersing 21~22 Mei 2011

Rakan-rakan kelab Pancing Boleh:

Kerana sedikit kelewatan membuat perancangan, trip laut yang pertama tahun ini:

  1. Lokasi: Laut Mersing (Pulau Sribuat)
  2. Tarikh: 21~22 hb Mei 2011 (Sabtu & Ahad)
  3. Tekong: Pak Mat (ayah Fizi Molding)
  4. Booking status: OK
  5. Ahli: 7 orang (8 max)
  6. Penyertaan setakat ini:- Sudah confirmed = Fauzi / Ajo / Lan / Hairul
  7. Nama yang perlu confirm semula = Azmi Ijo / Rizal / Azni / Bahrin / biras Bahrin (3~4 terawal berserta wang pendahuluan sahaja akan diterima)
  8. Target: Tenggiri, Jenahak, Kerapu, Merah dan seangkatan dengannya
Sila ajukan cadangan-cadangan lain kepada panitia untuk mengisi waktu sebelum & selepas trip ini (spt kelong Serkat, Pulau Pisang dsb)

Sunday, February 13, 2011

Pengalaman pancing ikan salmon, Jun 2010 , Japan

Tanda amaran !..

Bermulah pemancingan secara traditional dengan meggunakan batang bambu, Umpan dedak!!!,

Ikan yang pertama dinaikan, ikannya sangat rakus.

Bagi rumput pun makan, Yokogi cakap sayalah orang paling hebat memacing.

Beribu ikan ikan dalam kolam.

Ikan makin banyak dinaikkan hampir 20 ekor. Yokogi sebok ambil gambar jee..

Tanpa belas kasihan kawan naikkan ikan ...

melengkung batang bambu!..

Hasil tangkapan akan ditimbang dan disiang secara percuma.

Harga sekilo 500yen... Tak pa yokogi yang bayar.

Hasil tangkapan bole terus dibakar dengan kulit.

Resepi senang jee campur garam

Fuhhh...sodap gile..

Tulang tak melekat dengan isi ...

Mudah2 kawan dapat mengulangi pengalaman ini.

Trip Sedili Layaran & Tongkol Julai 2010

Trip ke Sedili, Johor, sebelum ini juga mengasikkan. Mana tidaknya, pertama kali bertarung dengan layaran la katakan... menggigil jugak lutut.

Rasanya tak sabar nak menguji Sedili lagi. Tekong... lambat lagi ke nak boleh turun??

Lan dengan layaran pertamanya, hehehe.. jangan jeles eh, Mi Ijo...

Bahrin cuba-cuba control macho walaupun hati tersengih menaikkan tongkol.

Antara lain yang sering dinaikkan di Sedili termasuk tenggiri, pari, kertang (alaa.. kerapu yang besor-besor tu..), merah, unga dan yang seangkatan dengannya.

Friday, February 11, 2011

Teori Pasang Surut Laut

Rupa-rupanya ini teori pasang surut air laut, ek?

Bila menghadap bulan penuh, kita dapat la air pasang besar; bulan gelap pasang kecil - pertengahannya air surut... betul tak? Ada siapa-siapa boleh komen?

Thursday, February 10, 2011

Trip Kelong Maswira Serkat, Pontian Februari 2011

Trip kali ini memang berbaloi-baloi. Kelong Maswira, Serkat, Pontian hanya 15 minit perjalanan bot dari jeti nelayan Pengkalan Penghulu. Belum lama Fauzi @ Pengayir melayan pancing, salah satu jorannya melentok menahan tarikan "Tebal Pipi", spesis yang jarang-jarang diperolehi di perairan Malaysia kecuali Selat Melaka. 3.2kilogram merupakan permulaan yang mengujakan bagi grup kami kali ini, termasuk Ajo, Lan, Mi @ Parut, Jebon, Mi @ Ijo, Hairul @ Chief.

Fauzi bersama si Tebal Pipi

Si Ajo pula menyahut cabaran dengan
segera menjinakkan sang Kurau 2.0 kg.
Pagi itu memang mengujakan semua orang bila masing-masing sibuk melayan
hasil pancingan masing-masing.

Belum sempat Kurau dilepaskan dari pancing, satu lagi jorannya disentap si merah. Tersenyum lebar Ajo bergambar
dengan hasil tangkapan hari itu.
Azmi @ Parut pun bangga dengan
"Subaru" 1.9k .

Ajo si cameraman mencuba untuk menjadi juru arah didalam bot semasa menuju ke lokasi memancing.
 Tekong bot mengajar si anak dara nya memandu bot ke lokasi ...............
  member lain sedang asyik berangan dapat hasil yang besar walaupun baru berlepas menuju ke lokasi........ belakang kanan Lan bersebelahan ngan Hairul@chif, depan kanan Mi@ijo, Mie@parut dan Fauzi.....

Member sedang menunggu pancing di sentap ....pada waktu senja yang dikatakan ikan galak pada waktu tersebut......dah nak juling mata asyik tenung joran je
Jeti pengkalan penghulu lokasi berlepas

Lan bersama tebal pipi 2.4kg yang dinaikan jam 10.45 malam menggunakan umpan hirisan sotong dengan kekili shimano alivio 10000 tali barkeley 40 paun....tersenyum lebar walaupun mata dah nak tido......