Sunday, October 30, 2011

BT 2 part 3 Silam area

Suhaimi bersama Pari dan Kerapu karang
Lokasi : Silam
Tarikh : 30/10/2011
Sewa Bot : RM250
Masa : 2 hari satu malam
9 orang

BT 2 part 2

 Abg Haris ...tak sangka anda seorang pengail
 Suhaimi tetap maintain
 Bur...macam tak caya jer
 Bur lagi...
 Wou...tambah koleksi
 Aik....Unga lagi
 Ini ikan i pun tak pernah dapat
 Abg Hassan ...GT 7kg ... ini impian saya akan naikkan satu hari nanti....
 Besarnya...Suhaimi dasyat!!!
Suahimi lagi

Wednesday, October 26, 2011

Dropper Loop Knot

Dropper Loop Knot
Kegunaan mencipta gelung yang menonjol pada sudut tepat ke tengah panjang baris dan menyediakan titik lampiran tambahan pergerakkan yang bebas. Jika ingin gelung boleh dibuat cukup lama untuk menetapkan cangkuk secara langsung di atasnya. Walau bagaimanapun, untuk meminimumkan risiko fouling dan memulas ini gelung penitis tidak perlu terlalu panjan g. Knot penitis juga digunakan pada multi-cangkuk tali pancing.

Kelebihan: gulungan ikatan yang membantu untuk mengelakkan kusutan.

  1.  

Monday, October 24, 2011

BT 2 Part 1






lokasi kawasan lahad datu sekitar pulau adal, pulau maganting, pulau tabawan dan kawasan silam

Sunday, October 23, 2011

Aksi tak menjadi

Staring : Fauzi
Pengarah : Ajo

Penyabung dilanda ombak

Trip ke penyabung pada pagi hari Sabtu kami telah disambut dengan hujan gerimis dengan harapan selepas hujan, laut akan tenang. Tetapi setelah kami keluar melepasi satu pulau sahaja, ombak mula menunjukkan satu pergerakan yang jarang2 kami temuai. Mungkin bot yang kami gunakan agak kecil menyebabkan bot beralun agak kuat dan sebilangan kami mengalami mabuk...
Kami mengarahkan pak YAYA bergerak di belakang pulau untuk mencari karang dan akhirnya kami menemuai lokasi yang bagus !!!
Tetapi apa yang terjadi...UDANG! habis SOTONG! tak kala merah dan tanda mengena...


Walaubagaimanapun banyak pengalaman yang diperolehi... 
Abang Basir ...tolong baca panduan mengelakkan mabuk laut.
Terima kasih semua member semoga kita dapat bersama-sama dilain trip.

Sunday, October 16, 2011

Tips elak mabuk laut

Perjalanan dengan kapal, ada sebahagian di antara kita yang mungkin sudah biasa dan ada juga yang mungkin yang belum pernah atau jarang menaiki kapal. Tetapi mabuk laut tidak mengira tempat akan terjadi.  Berdasarkan dari pengalaman mabuk laut, banyak faktor yang boleh mempengaruhi , conthonya keadaan badan dan sejauhmana mind set dapat mengawal atau mengimbangi badan anda.

Secara kebiasaanya Kita tidak akan mabuk ketika kapal dalam perjalanan dan seharusnya kita tidak merasa apa-apa kerana perkara yang sama ketika kita menaiki kereta yang melalui jalan yang beralaun. Betul ke...?
kebanyakkan mabuk laut terhasil bila kapal mula berayun mengikut alunan ombak.
Masalahnya adalah disebabkan oleh perbezaan apa yang kita rasakan dengan apa yang kita lihat.
Bila kita berada di dalam kapal kita akan merasakan kapal turun dan naik mengikut gelombang dan ketika inilah gerakkan tersebut akan dicatatkan atau dirakamkan di dalam telinga. Satu cairan di dalam telinga akan bergeser besama-sama semasa gerakkan. Telinga kita akan mengantar maklumat ke otak bahawa kita sedang bergerak.

Ketidakseimbangan ini terhasil apabila informasi/maklumat yang diberi oleh mata dan ke otak tidak sama dengan keadaan yang sebenar.

Gambarajah telinga menunjukkan cecair yang mengawal keseimbangan dan informasi tentang organ keseimbangan

Organ Keseimbangan
Selain telinga merupakan organ pendengaran, bahagian dalam telinga terdapat Indra Pengatur Keseimbangan atau organ Vestibular. Bahagian ini secara struktural terletak di belakang labirin yang membentuk struktur utrikulus dan sakulus serta tiga saluran setengah lingkaran atau Saluran Gelung atau semisirkular. Kelima bahagian ini berfungsi mengatur keseimbangan tubuh dan memiliki sel rambut yang akan dihubungkan dengan bahagian keseimbangan dari saraf Pendengaran.

Saya tidak akan bercerita lebih panjang tentang ketidakkesembangan sebab saya bukannya pakar dalam bidang ini ...cuma ianya gambaran secara kasar terjadinya phenomenan mabuk laut. walahu a'lam.

Bila kita dalam keadaan mabuk kita tidak dapat dipisahkan dengan muntah. Ada beberapa jenis muntah yang kita perlu ketahui :

i)Berlaku secara tiba-tiba, ii) lambat, ii)boleh dijangkakan,, ii)breaktrough, iv)sukar dikawal.

Ini hanya istilah sahaja...

Di bawah adalah beberapa tips yang diambil dari beberapa blog kesihatan dan blog memancing untuk dijadikan panduan bersama :
  •  Masalah mabuk dalam perjalanan boleh diatasi dengan memperbetulkan kedudukan semasa berada di dalam kapal/bot. pastikan individu tersebut menghirup udara yang segar dan duduk bahagan depan bot/kapal. Setelah beberapa masa tertentu anda dapat menyesuaikan diri atau otak anda faham dengan keadaan sekeliling barulah anda boleh bergerak. Keadaan ini adalah lebih baik daripada ada duduk bahagian dalam bot yang tertutup.
  • Tarik nafas dalam-dalam serta fokus pada pemancingan. Jangan pandang pada gelombang atau objek yang bergerak. Badan jangan selalu membongkok atau melihat ke bawah, kerana ianya dapat membuat anda lebih cepat merasa mual, selain itu pula jangan melihat sesuatu dari jarak dekat.
  • Jangan melakukan perjalanan dengan perut yang kosong. Hal ini boleh membuatkan ada mual. Ambil makanan yang sedikit sebelum memulakan perjalanan.
  • Minum air yang secukupnya sebelum perjalanan supaya badan anda sentiasa segar dan terhindar dari hidrasi
  • Istirahat yang cukup sebelum melakukan perjalanan, karena keletihan dan kelelahan boleh membuat seseorang lebih mudah terkena mabuk laut
  • Mengisap perisa lemon yang kuat semasa bot mula bergerak dapat membantu menjaga agar perut tidak mualdan ianya boleh mengurangkan focus anda pada mabuk.
  • Elakkan memakan makanan yang berminyak atau asam beberapa jam sebelum perjalanan, karena makanan yang asam akan lambat dicerna sehingga tertumpuk di perut. Sedangkan kombinasi antara makanan berminyak dan asam akan membahayakan sistem pencernaan.
  • Elakkan duduk berdekatan dengan enjin bot kerana asap enjin dapat memualkan dan dapatkan udara yang segar
  • Pakai Jaket jika udara sejuk supaya tidak masuk angin
  • Bawalah ubat-ubatan yang bisa mencegah terjadinya mabuk laut. Seperti; Dramamine (ubat anti
    motion sickness), kimite patch (plester yang ditampalkan dibelakang telinga), analgetik untuk menghilangkan pening atau mual
  • Semasa dalam perjalanan minum air yang bergas untuk mengeluarkan angin di dalam perut
  • Jika mabuk pastikan kedudukan kepala tidak tinggi dari kaki
  • Satu lagi tips yang mungkin dapat berhasil iaitu mendengar muzik , jika anda memiliki Ipad atau mp3 player semasa kapal sedang bergerak cari tempat duduk yang selesa/nyaman dan mulailah pasang muzik kegemaran anda, dengan itu anda akan lebih konsentrasi dengan alunan muzik dan lupa anda sedang berada di laut
  • Jangan minum minuman yang mempercepatkan degupan jantung seperti pengambilan alkohol dan sepertinya.
  •  Semasa berada di atas bot anda juga boleh mandi kerana ianya boleh manambahkan kesegaran anda dan menghindari anda dari mabuk lauk. Mandi dengan air masin lagi bagus.
  • Jangan sesekali mengunakkan kangkung sebagai tangkal kononnya boleh menghilangkan mabuk kerana ianya menyimpang dari landasan agama. wallahu a'lam
Apabila cara di atas sudah dilakukan dan anda masih mabuk laut usahakan tidur dengan rileks, Jika masih tidak berhasil, Suruhlah tekong balik ke darat, tapi awas mungkin kawan anda tengah syok tarik ikan.
Bila sampai di darat itu lah ubat paling berkesan. Walahu a'lam.


Thursday, October 13, 2011

perlawanan bolasepak diantara jst vs ptp

12hb OCT 2011, padang ptp
perlawanan persahabatan bola sepak di antara jst dengan ptp telah dimenangi oleh ptp 1 jst 0. kali ini jst dibintangi oleh muka-muka baru.









Monday, October 3, 2011