Tuesday, September 13, 2011

Doa menjinakkan haiwan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Maksudnya:
Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi dengan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali.

Surah Ali Imran 3 : Ayat 83

Mulakan segala sesuatu itu dengan mengingati nama ALLAH.
Doa ini boleh dibaca sebelum melakukan atau memulakan activity memancing.

Sertakan niat yang iklas dan sentiasa mengingati ALLAH kerana "Dialah Allah yang menjadikan segala yang dibumi untuk kamu" surah al-Baqarah, ayat 29.

Tetapi rezeki itu juga boleh menjadi ujian bagi manusia kadang kala manusia diberi banyak peluang untuk memenuhi segala keinginan untuk terus hidup.

Walaubagaimanpun kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan (memancing) amat penting dalam menentukan sesuatu kejayaan.
Iman Gazali menegaskan "perbuatan yang dilakukan beulang-ulang kali dalam sesuatu tempo waktu akan memberi mantap pada jiwa". Jika kita boleh menjiwai sesuatu pekerjaan itu sudah tentu hasil yang kita hasilkan akan terhasil pada satu titik kepuasan.

Dalam activity memancing beberapa yang perlu kita lihat ambil kira:
Langkah pertama : perlu dilakukan dengan penuh komitmen dalam diri saudara dan elakkan menunda.
al-Baqarah,ayat 286, "ALLAH tidak mebebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupan..."

Langkah kedua : lakukan setiap pekerjaan itu dengan riadah dan dilakukan secara seimbang keranan iannya juga yang menentukan kejayaan.

Langkah ketiga : membaca dengan nama ALLAH sebagai wirid tidak kira di mana kita berada
Dalam surah al-Hasyr,ayat 22 dan 23, "Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dia, mengetahui yang ghaib dan yang nyata, dialah maha pemurah lagi maha penyayang. Dialah ALLAH yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dia,Raja yang maha suci...".

Langkah keempat : Sentiasa melihat segala sesuatu ciptaan ALLAH itu dengan rendah diri.
Dalam surah al-An'am, ayat 73, "Dan dia mencipta langit dan bumi dengan benar..."
Janganlah sesekali mencaci dengan bencana yang menimpa contohnya hujan, ribut, angin dan seumpanaya kerana itu termasuk dalam urusan ALLAH kerana semuanya ada rahmat didalamnya. Mintalah kepada Allah akan kebaikan yang dibawa dan berlindunglah kepadanya daripada kejahatan.

Langkah kelima : ilmu musafir hendaklah dipelajari contohnya bab-bab yang berkaitan solat. Dalam surah al-Baqarah, ayat 152 "...ingatlah kamu kepadaku pasti aku ingat kepadamu, dan janganlah kamu mengingkari nikmatku." Bila kita mengingati Tuhan setiap waktu bermakna kita mensyukuri pemberian ALLAH dan perkara sebaliknya.

Langkah keenam : Rasa ehsan juga hendaklah ada pada setiap para pemancing kerana manusia diciptakan sebagai hamba dan sebagai kalifah manakalah binatang hanya sebagai hamba. Binatang bertasbih kepada Allah manakala manusia yang tidak beriman tidak mau bertasbih kepada Allah.
Dalam surah al-Israa, ayat 44 bermaksud "Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun".

Secari yang tersirat ALLAH menganjurkan supaya kita sentiasa melakukan yang terbaik supaya kita mendapatkan kekayaan dalam hidup ini. Jika hasil yang kita peroleh itu melimpah ruah hendaklah dikongsi bersama kerana tidak semua manusia mempunyai kemampuan yang sama.
Rezeki yang diberikan oleh ALLAH adalah berupa ilmu pemancingan, baik ilmu agama mahupun duniawi.
Dalam surah an-Nur ayat 33...berikanlah sebahagian dari harta ALLAH yang dikurniakannya kepada kamu.
Dalam surah  Ali Imran ayat 180 " sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta ALLAH berikan kepada mereka dari kurnianya, menyaka bakhil itu baik pada mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan dilehernya kelak pada hari kiamat.

Apapun yang dilakukan di atas bumi ini semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH.

Wallahu a'lam.

Sunday, September 11, 2011

Sunday, September 4, 2011

Dipagi raya













Macaroni buah berperisa yogurt blueberry



  • Macaronie Buah berperisa yogut

Recepi ini saya belajar dari Mama Nani masa balik kumpung.

Dessert ini memang sesuai dibuat masa kenduri atau masa

openhouse sebab senang dan murah.



Bahan-bahanya:

1) Mayonis atau sos salad (saya gunakan Lady's choice)

2) Yugurt perisa blueberry

3) Susu pekat

4) Macaronie dimasak hingga lembut

5) Buah-buahan - Longan dalam tin dan buang airnya,

anggur, apel, tembikai susu, kalu nak senang beli buah-buah mixed

dalam tin, kalau guna nenas atau stawberry mungkin agak masam

sikit. Potong kecil-kecil sesuai untuk mulut kanak-kanak.



Cara membuat ;

Campurkan buah-buahan dengan macaronie yang telah dimasak sehingga lembut

dan masukkan mayonis, susu, dan yogurt (yogurt saya guna

satu cawan) sedikit demi sedikit sehingga rasa yang anda kehendaki.



Salad ini boleh disimpan dipeti ais sehingga beberapa hari.

Lagi sedap kalau dimakan masa sejuk...



selamat mencuba

dari fishingboleh









Bakso Cendawan Jepun

  • Bakso Cendawan Jepun
Masakan ini juga agak mudah dihidangkan. Paling

best masak pada hujung minggu bersama keluarga atau kekawan.



Bahan-bahannya:

1)Bebola daging

2)Cendawan Jepun (HOKIO JAPAN Fresh Mushroom)

3)Rempah ditumis - Bawang putih, bawang merah, lada putih,

halia dan kalau nak sedap tambahkan kuib berperisa ayam.

semua ini hendaklah diblinder.

4)Daun sup, bawang goreng, daun bawang.

5)Sambal : Lada, kicap, limau kasturi, garam dan blinder



Selamat mencuba.

Fishingboleh







Roti Gardenia Gulung



  • Roti Gardenia gulung
Hidangan dihujung minggu simple dan senang.

Ianya juga sesuai dihidangkan semasa memancing di tengah lautan.



Bahan :

1)Telur untuk salutan luar (sebiji @ 2 biji)

2)Roti Gardenia

3)Garam, lada putih, lada hitam

4)Hot dog inti tengah



Hidang bersama Tea O atau Kopi O...

Joran tarik pun tak layan.



Selamat mencuba

Fishingboleh